Want your
own Fotopage?








 
AnakAhmadZainab FotoPages

By: Sharaf Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[Archive]
Saturday, 1-Aug-2009 03:02 Email | Share | | Bookmark
Saya dah umur 7 bulan la!



Apa habaq semua?

Nama saya Amir Fahmi.

Hari ni saya umuq 7 bulan.




Hangpa apa habaq? InsyaAllah sihat noo.

Saya sihaat. Tengok la pipi gebu saya ni.

Mak saya yang jaga. Mesti la best. Mak saya best in the world.

Baba saya pangge saya Hensem Baba.

Alhamdulillah saya tak byk meragam. Tau dak apa Baba gelaq saya? Baby terbaik di Kepala Batas!



Maaf la na. Saya mengantuk dah ni. Tiap kali nak tidoq saya mesti kena susu sebotoi dulu.
Saya ni baby lagi. Baru umuq 7 bulan. Nak kena rajin minum susu baru cepat besaq.



Ish, tak larat bukak mata dah ni. Tlg doa kat saya supaya saya sihat na.
Assalamualaikum.






nama dia Amir Fahmi.
Mcik dia pannge dia dobot
Sun 2-Aug-2009 01:57
Posted by:n1010  - [Link]
wow! alive and kicking.. mana gambaq pakai jubah konvo? Thu 20-Aug-2009 12:32
Posted by:en bill
Add comment


Saturday, 27-Jun-2009 12:54 Email | Share | | Bookmark
Hari ni....

Hari ni, Sabtu. Saya dan isteri cuti tapi anak-anak bersekolah kerana ganti cuti HRAF. Ambik kesempatan sarapan dgn isteri dkt Jln Pmtg Pauh slps hantar 3 beradik pi sekolah.

Anak-anak saya tak takut kamera. Tak dak masalah nak pose dpn kamera. Nak belajaq guna lagi. Kadang-kadang bagi jugak, tapi di bawah pengawasan.

Isteri, Amir dan kakak. Abang ambil gambar ni. Dalam kereta. Guna kamera Fujifilm Finepix s1000fd. Agak malap. bateri dah low power.


Kakak dgn Amir.


Abang dgn Amir.



Pukul 11.00 keluar dr rumah utk ambik anak2 dr sekolah. Sekolah habis pukul 12.00. Plan nak singgah Carrefour dulu, hantaq repair sandal, beli makanan utk tengah hari kemudian baru pergi ambik anak2.

Tu isteri saya dok tutup pagar. Nak pi dah ni.


Ambik Amir Fahmi dulu. Dia teruja bila saya ambik letak dia dpn stereng. Tengok gambaq dia. Bukan main lagi pegang stereng kereta(Isteri ambik 2 gambar berikut ni guna Nikon D60).




Saya sayang anak saya yg gebu ni(Abang ambik gambar ni guna Nikon D60).


Ma sayang Ba & anak3.... Tue 30-Jun-2009 00:04
Posted by:Ma Saufi
Add comment


Saturday, 27-Jun-2009 01:55 Email | Share | | Bookmark
Pantai BORR

Pagi Ahad lps bawak anak-anak main air laut dkt hentian tol BORR(Butterworth Outer Ring Road). Kebetulan kat situ Persatuan penduduk Kg Sireh, Bukit Mertajam buat pertandingan memancing.

Ada beberapa snap yg sempat saya ambik.

Pengunjung dan pemancing meramaikan pantai BORR.


Abang dgn Kakak main buaian tepi pantai.


Abang dgn Kakak dok lawan aci ligan dgn ombak.


Tetamu2 kecil yang datang menikmati ombak.


Saya tak mau ganggu konsentrasi pemancing-pemancing yg dok memancing. Saya ambik gambaq pancing dia saja.



Add comment


Wednesday, 24-Jun-2009 03:35 Email | Share | | Bookmark
Doaku pada isteri


Jazakallah...you complete me.... Wed 24-Jun-2009 23:59
Posted by:Ma Saufi
peewit...peewit...peewit Thu 25-Jun-2009 10:09
Posted by:n1010
Add comment


Sunday, 21-Jun-2009 14:16 Email | Share | | Bookmark
Hari Keluarga UiTM Pulau Pinang 2009(Part 1)

Julung kalinya UiTM Pulau Pinang menganjurkan Hari Keluarga 2009. 'Keluarga" UiTM pulau Pinang semakin besar, sampai ada di antara staf yg tak kenal satu sama lain. Inilah antara tujuan murni acara ini. Disamping staf, extended family of staf jugak dijemput utk dtg memeriahkan acara ini. Saya di antaranya. Saya sekeluarga + adik ipar(Acu Firdaus) yg kebetulan berada di Bertam dtg sekali.

Saya sekeluarga.


Abg, Kakak dan Acu Firdaus.


Si kecil Amir Fahmi. Kat mana la Mak dan Baba bawak saya ni?Org ramai sgt pasai pa?



Abg dgn kakak seronok sgt sbb disamping ada koko krunch, aiskrim Walls dan kolam mandi, ramai dari kawan2 di sekolah mereka yg ada sama . Maklumlah, org UiTM suka dok dekat-dekat, pakat2 hantaq anak pi sekolah yang sama.

Abang dgn kakak. Selepas ni bermulalah acara kejar mengejar dan aci sembunyi dgn depa. Jenuh aku.


Umar, Aiman dgn anak Ust Sofwan. Pi mana pun bertiga.



Kawan-kawan rapat yg mai antaranya Mohd Noor Mohd Ali, Halim, Mohd Noor Mokhtar, Rashidi (Lecturer USM), Najib Yusof (FKM), Fahmi dan Zia(FSKM),

JSG strongmen. Mohd Noor Ali, Mohd Noor Mokhtar dan Halim. Rashidi nampak perut saja.


Fahmi dan Zia. Dok bawah kanopi ja. Pi la jemuq panas.


Najib Yusof(FKM). Dah la dok atas grandstand. Berpayung pulak. Tak tahan panas sungguh kawan aku ni.


Acara dimulakan dgn ucapan Pengerusi program, En Norhamizan bin Hamir dan ucapan dr Tuan Pengarah Kampus, Prof. Madya Mohd Zaki Abdullah. Kemudian ada acara melepaskan burung merpati. Saya tak berapa dengaq berapa ekoq. Saya dan ambik 1 gambaq, tapi dari jauh saja sbb zoom lense kamera saya pendek(18-55mm).

Acara melepas burung merpati. Nampak dak burung?



Slps ucapan acara senaman pulak. Instructor dia org gomen Penang. Lagu dia ikut rentak tarian kebudayaan dari seluruh Malaysia. Akhir senaman, depa jerit Sihat ala Malaysia(3X).

The instructors. Take it away. Make them sweat.


Aksi staf.


Aksi TP HEP.


Aksi anak-anak staf. Elok-elok na. Nanti tegeliat.


Hari Keluarga ni dimeriahkan dgn menjemput Mamu Maidin, pelawak veteren yg tak asing lagi. Antara celoteh dia yg saya ingat adalah "Mai Pulau Pinang. Naik feri jgn berenang". Kalau baca tak rasa lawak dia. Kena dengaq intonasi suara Mamu masa dia cakap. Menghiburkan.

Mamu Maidin memeriahkan suasana.







Add comment


Sunday, 24-Aug-2008 15:13 Email | Share | | Bookmark
Learning curve_Night photo and borders in Photoshop

Entry ini adalah hasil percubaan pertama saya

1) mengambil gambar sblh malam. Guna kamera point and shoot Olympus C-150 dan kamera prosumer Fujifilm Finepix s1000fd. Utk. Olympus, guna setting sedia ada dlm kamera utk night shooting, utk Fujifilm, guna setting aperture priority + autofocus. Cuma tunjuk 3 imej shj di sini sbb these are the best images yg saya dapat. Itu pun perlu sedikit altering guna Photoshop.

2) mencuba filter Photoshop Bordermania Pro V. 5 utk membuat border pada imej.

Semua imej ni saya ambik sekitar rumah saya di Tmn Bertam Indah, K/Batas,P/P.


Gambar ini di ambik sekitar 7.00 pm.


Gambar hampir dgn jalan menuju Masjid At_takwa, Tmn Bertam.


Gambar dkt jln utama melalui di tgh. taman.

Verdict: Still have a lot to learn. I would greatly welcome suggestions to improve my picture taking and photo editing.

[img]

adehhh Tue 30-Sep-2008 10:06
Posted by:shihamseishu  - [Link]
Dah raya haji pun..... Tue 9-Dec-2008 17:18
Posted by:ibucomel
ooooo....leisure
ala-ala L-I-A-T kot
Mon 22-Jun-2009 07:02
Posted by:n1010-no leisure one
View all 7 comments Add comment


Tuesday, 12-Feb-2008 18:26 Email | Share | | Bookmark
Mandi sungai di Lata Air Itam, Batu Kurau, Perak.

Assalamualaikum.

Lama sgt tak update entry. A mixture of sibuk, not in the mood, too tired after work and......
This is a restart. Hopefully this time, entry akan lbh konsisten, insyaAllah.

Got together with my in-laws dan made the trip to Lata Air Itam. Lately cuaca panas. Kena cari tempat utk menyejukkan badan.

Tempat cantik. Air pun jernih dan sejuuuuuuuuk.









Saya, isteri dan anak-anak has a very good time.Alhamdulillah. Nikmat Allah.













Semoga ikatan kekeluargaan akan sentiasa erat, insyaAllah.







Until my next entry, adois amigos. Wassalam.

Saya ni sebenaqnya adik Cikgu Fouzi Badang.
Kamera saya Olympus C-150-point & shoot dig. camera, 64 Mb RAM. Kamera ni guna dua bateri AA Energizer atau Rechargable battery. Hari tu saya manage to get hampir 80 shots.
Waktu berkelah tu bukan saya sorang bawak kamera. Adik ipar saya pun ada bawak. Gambaq saya tu byk dia tolong ambik.

Macam mana, tak teringin ka nak menyejukkan badan di sana?
Mon 25-Feb-2008 09:55
Posted by:Pak Tam
yooo bro (lagi satu)..... lamanya mandi kat situ, dari 12 Feb tuh....... this time mixture pa plaks???!!! kat Bertam tempat PLah tu kan manyak happenings.... Wed 5-Mar-2008 13:26
Posted by:ibucomel  - [Link]
Assalaamu'alaikum, Abu Umar! Harapnya sihat saja... Lama mandi.. Betambah putih la badan tu... Wed 6-Aug-2008 07:12
Posted by:Cikgu biasa
View all 6 comments Add comment


Wednesday, 5-Dec-2007 03:05 Email | Share | | Bookmark
Umar Zuhdi bersunat 2

Umar tengah tension tu. Adik dok menyakat.




Senyum dlm boring. Apa dayaku. Terima saja.




Tengah seronok ni. Sepupu2 dia dari KL mai melawat. Lupa sakit sat. Siap bangkit pakai seluar lagi. Mana tahan. Sepupu dok mai tayang kereta control sorang satu kemudian buat demo pulak depan dia. Bila sepupu2 dia balik ja, keluar dr mulut dia " Ba beli kat abang satu Ba. Depa kata kat Giant ada, dekat Carrefour pun ada Ba.". Kesian kat Umar. Tak pa lah. Hadiah bersunat.




Umar yang main kete ke Baba yang tumpang sekaki....ahaks ahaks ahaks. Tahniah! Dah remaja anak menakan sorang nih.... Mon 10-Dec-2007 06:33
Posted by:ibucomel
umaq, tahniah! anu dah kena potong Sat 7-Jun-2008 14:46
Posted by:shiham seishu  - [Link]
Add comment


Tuesday, 4-Dec-2007 05:25 Email | Share | | Bookmark
Umar Zuhdi bersunat



Umar bersunat di Poliklinik Bestari, Taman Bertam Indah. Alhamdulillah tak dak la dia mengamuk tak mau masuk klinik ka, tak mau baring dlm bilik bersunat ka, keriau tengok jarum dgn pisau ka waktu bersunat tu. Dr Marzuki yg menyunatkan Umar pun baguih, selalu suruh Umar baca selawat banyak-banyak, surah-surah pendek utk tenangkan hati. Baba dan Mak pun masuk sama dlm bilik untuk bagi semangat pd Umar.


Mak ambik cuti seminggu jaga Umar.



Umar boring tak kira. Tak bleh bangkit, tak boleh tengok tv, tak boleh naik basikal. pendek kata, kena kuarantin seminggu. Tapi adik pun suka jugak masuk bilik abang dia usik, ajak main chess, lukis-lukis, main puzzle. Adik dok ajak jugak abang tengok tv tapi Mak tak bagi. Umar tak boleh jalan banyak. Takut bentan.


Baba dan Mama boleh masuk tengok anak bersunat...
tetapi......
Tue 4-Dec-2007 08:45
Posted by:mfouzi fotopages
Add comment


Friday, 26-Oct-2007 09:39 Email | Share | | Bookmark
Assalamualaikum

Aku dan isteriku.
Anak-anakku
Ini adalah entry pertama saya dlm fotopages slps berusaha hampir 2 minggu utk dapatkan account dlm fotopages.

Salam perkenalan utk semua picture bloggers dlm www.fotopages.com.




salam perkenalan..welcome to fp world... Sun 28-Oct-2007 03:50
Posted by:Ibu Irfan  - [Link]
somebody mention about pix n tech. Bab pix wa ada, bab tech wa rasa cam nak semunyi dlm selimut.... Wed 31-Oct-2007 02:22
Posted by:ibucomel
eh eh eh takkan take another 2w to upload pix baru kot? Sat 3-Nov-2007 12:14
Posted by:ibucomel
View all 13 comments Add comment


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

fpxen5.pidgintech.com